fbpx

Verstappen mampu ulangi magis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN terus bersemangat untuk memburu kemenangan selepas berjaya menamatkan dominasi Mercedes di Silverstone minggu lalu. – AGENSI

BARCELONA – Pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen optimis untuk terus memberi tekanan kepada Lewis Hamilton dalam perebutan mahkota gela­ran dunia pada perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol hujung minggu ini.

Pelumba Red Bull Racing itu melakukan kejutan apabila menamatkan dominasi pa­sukan Mercedes ketika menjua­rai Grand Prix (GP) Ulang Tahun Ke-70 di Litar Silverstone minggu lalu.

Pelumba berusia 22 tahun itu kini telah meraih empat podium dan menjadi pesaing utama juara dunia enam kali, Hamilton apabila dipisahkan dengan perbezaan 30 mata.

“Bagi saya sudah pasti perlumbaan minggu ini sangat mencabar kerana Catalunya adalah litar yang unik. Kita akan menyaksikan saingan yang kompetitif berdepan Mercedes.

“Keadaan cuaca sebenarnya sukar dijangka dan suhu juga pastinya akan mempengaruhi perlumbaan itu nanti,” katanya.

Verstappen memiliki rekod terbaik di Catalunya apabila menjadi pelumba termuda meraih kemenangan ketika berusia 18 tahun pada tahun 2016.

Akibat pandemik Covid-19, saingan GP Sepanyol ditunda ke Ogos dan keadaan cuaca di litar itu dijangka lebih panas hingga mencecah 40 darjah Celsius.

“Litar di Barcelona cukup mencabar dan saya tidak pasti pemilihan tayar sesuai dan mampu bertahan dalam keadaan suhu yang agak panas,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI