fbpx

Operasi cari kanak-kanak disambar buaya diteruskan hari ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat meneruskan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki disambar buaya di Sungai Kinabatangan. Foto Ihsan APM-

Oleh IVAN AMIRUL

KINABATANGAN – Misi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak lelaki dipercayai disambar buaya ketika menemani bapanya di Sungai Kinabatangan masih diteruskan hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinabatangan, Kapten Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, operasi mencari yang sudah memasuki hari ketiga itu belum menjumpai sebarang bukti yang boleh dikaitkan mangsa setakat jam 5.30 petang tadi.

“Ketika ini kita masih belum menemui tanda mangsa akan dijumpai.

“Paras air sungai turut menunjukkan peningkatan dan bimbang ia boleh menyukarkan lagi operasi mencari.

“Kawasan operasi pencarian juga kini diperluaskan kepada 10 kilometer (km) dari tempat kejadian mangsa dilaporkan hilang.

“Operasi akan teruskan pada hari esok memandangkan cuaca sudah semakin gelap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Roslan berkata, usaha mengesan buaya berkenaan kini turut giat dilaksanakan oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL).

Menurut beliau, JHL sudah lama memasang papan tanda amaran mengenai buaya di sekitar kawasan terbabit.

Dalam kejadian berhampiran Kampung Mubibbah Hujung itu, mangsa dikenali sebagai Asmin Abdullah, 8, dikatakan sedang mandi di sungai terbabit sambil menemani bapanya yang sedang menurunkan perahu di kawasan sama dalam kejadian sekitar pukul 10 pagi kelmarin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI