fbpx

Wang RM422,800 dan 14,000 Riyal dilucut hak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas Timbalan Ketua Pengarah (kawalan), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Shahril Ismail dan isterinya Saidatul Marsila Mokhtar keluar dari Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi memerintahkan wang tunai sebanyak RM422,800 dan 14,000 Riyal dilucut hak kepada kerajaan Malaysia manakala item lain dikembalikan semula kepada bekas Timbalan Ketua Pengarah (kawalan), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Shahril Ismail dan isterinya.

Hakim Azman Ahmad memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Shahril ,53, dan isterinya Saidatul Marsila Mokhtar ,48, selaku masing-masing selaku responden pertama dan kedua melalui satu representasi yang diterima pada 4 Ogos lalu dengan terma-terma yang telah dipersetujui kedua-dua belah pihak.

“Mahkamah perintahkan dengan apa yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak,” kata Azman.

Terdahulu Azman turut bertanya kepada kedua-dua responden adakah mereka faham dan bersetuju dengan terma yang telah ditetapkan (lucut hak), kedua-dua responden mengatakan mereka bersetuju dengan kesemua terma tersebut.

“Ya kami faham dan setuju,” kata Shahril dan Saidatul.

Terdahulu pendakwaan selaku pemohon yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim memaklumkan kepada mahkamah telah menerima representasi yang dikemukakan oleh kedua-dua responden dengan separuh harta dilucut hak manakala separuh lagi dikembalikan.

Peguam Mohd. Aizat Fakri yang mewakili kedua-dua responden mengesahkan perkara tersebut dan tidak membantah selain bersetuju dengan terma-terma yang telah ditetapkan.

Sementara itu Mohd. Aizat ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding berkata, Shahril dan Saidatul akan mendapat semula beberapa mata wang lain seperti dari negara Singapura, New Zealand, Amerika Syarikat dan Australia.

Selain itu turut dikembalikan kepada responden simpanan Tabung Haji serta sebuah pangsapuri yang sebelum ini telah disita.

Pada 15 Julai lalu, kedua-dua responden turut mengemukakan satu representasi, memohon mahkamah untuk menukar pangsapuri yang dilucutkan hak itu dengan sebuah rumah atas tanah yang nilainya lebih tinggi atas alasan rumah pangsapuri tersebut didiami oleh anak mereka. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI