fbpx

Seorang lagi penguat kuasa MBSA direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lagi penguat kuasa MBSA dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk mendapatkan perintah reman.

PUTRAJAYA – Seorang lagi penolong pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 19 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya kira-kira pukul 9.30 malam tadi selepas hadir memberi keterangan.

Semalam, lima individu termasuk empat penguat kuasa MBSA cawangan Shah Alam dan Sungai Buloh direman selama tujuh hari bagi membantu kes sama.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, penguatkuasa berkenaan ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sumber berkata, penguat kuasa yang ditahan itu dipercayai menerima rasuah antara RM300 ke RM3,500 sebulan bagi sebuah premis perniagaan.

Penahanan berkenaan dilakukan susulan tular dua klip video di media sosial yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada premis-premis perniagaan tanpa lesen di sekitar Sungai Buloh beberapa hari lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI