fbpx

Montezemolo punca Ferrari hilang arah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOntezemolo bersetuju dengan penggunaan enjin hibrid yang menyebabkan Ferrari tenggelam punca. – AFP

MARANELLO, Itali – Bekas Presiden Ferrari, Luca di Montezemolo mengakui, beliau antara punca pasukan itu menampilkan prestasi buruk pada saingan Formula Satu (F1) musim ini.

Beliau disingkirkan pada 2014, iaitu tahun kontroversi bagi arena F1 apabila penggunaan enjin hibrid diperkenalkan dan digunakan dalam perlumbaan.

Montezemolo berkata, beliau antara individu yang bersetuju dengan penggunaan enjin hibrid sehingga memberi kesan cukup besar buat pasukan berpangkalan di Itali itu.

“Saya adalah presiden ketika keputusan menggunakan enjin hibrid dibuat. Saya bersetuju pada masa itu kerana menganggap sudah tiba masa menggunakan teknologi hijau dalam perlumbaan.

“Bagaimanapun, saya tidak kaji kesannya terhadap pasukan ini, lebih-lebih lagi teknologi sedemikian bukanlah kepakaran kami,” kata Montezemolo.

Pada masa sama, beliau juga tidak bersetuju dengan pengumuman pengerusi baharu Ferrari, John Elkann yang meletakkan 2022 sebagai tahun kebangkitan mereka.

“Saya tidak suka letak tarikh seperti itu kerana ia tidak adil untuk penyokong. Sudah tentu mereka mahukan hasil dalam tempoh lebih singkat, jadi Ferrari perlu cari jalan terbaik memperbaiki prestasi,” ujarnya.

Ketika ini, Ferrari menghuni tangga ketiga kategori pengeluar dengan 55 mata, sementara Mercedes menerajui saingan dengan 180 mata diekori Red Bull yang mengumpul 113 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI