fbpx

Ketengah nilai Adat Perpatih melalui masakan tradisi di muzium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsuddin (depan, tiga dari kiri) bergambar bersama pengunjung yang hadir sempena Program Kunjungan Mesra ke Muzium Rembau baru-baru ini.

KHAZANAH. Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) mengambil langkah proaktif dalam merancang pelbagai program menarik bagi mengetengahkan nilai Adat Perpatih menerusi lima muzium di Negeri Sembilan.

Lima muzium itu ialah Muzium Negeri di Seremban, Muzium Diraja Istana Lama (Seri Menanti), Teratak Za’ba (Jempol), Muzium Rembau dan Kompleks Megalith (Port Dickson).

Pengarah LMNS, Shamsuddin Ahmad berkata, antara program yang dirancang ialah masakan tradisi mengikut luak dengan setiap luak mempunyai kaedah serta cara masakan tradisi masing-masing.

Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi laman Facebook Muzium Negeri Sembilan untuk melihat kepelbagaian produk sejarah yang terdapat di muzium-muzium di Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI