fbpx

Penguji cerucuk rasuah RM25,000 direman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibawa anggota SPRM ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk mendapatkan perintah reman berhubung kes rasuah ujian cerucuk berjumlah RM25,000.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Seorang penguji cerucuk berlesen direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan kelulusan ujian sebuah projek di Kuala Langat, dua tahun lalu.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 35 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga tiba di mahkamah sambil diiringi pegawai pada pukul 10 pagi.

Sumber SPRM berkata, siasatan awal mendapati suspek meminta dan menerima rasuah bernilai RM25,000 daripada sebuah syarikat.

“Rasuah itu sebagai balasan dan dorongan meluluskan ujian cerucuk bagi projek di Kuala Langat pada dua tahun lalu.

“Suspek ditahan selepas hadir di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 1 tengah hari semalam,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Alias Salim ketika dihubungi memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI