fbpx

Jentera SWM Environment kibar Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
sebahagian warga kerja SWM Environment mengibarkan Jalur Gemilang di Melaka baru-baru ini.

PATRIOTIK. Bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) mengambil inisiatif mengibarkan Jalur Gemilang di semua 267 buah jentera pembersihan milik agensi itu di Melaka.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, usaha itu bagi menyahut seruan kerajaan sempena pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 bertemakan ‘Malaysia Prihatin’.

“Pemasangan Jalur Gemilang ini adalah simbolik kepada semangat patriotisme cintakan negara seiring dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-63.

“Kami berharap inisiatif ini dapat menyuburkan lagi nilai patriotik dalam kalangan warga kerja SWM Environment,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI