fbpx

Program santai 30 belia, JKKK di Lipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (depan, kanan) bergambar bersama belia dan penduduk selepas menyampaikan sebuah meja ping pong sumbangan kerajaan negeri sempena majlis makan dan santai di Kampung Aur Gading, Lipis baru-baru ini.

Belia dan ahli Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Aur Gading, Lipis menyertai majlis makan dan santai bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long baru-baru ini.
Majlis itu bertujuan mendekatkan golongan muda dengan pemimpin setempat termasuk ahli JKKK selain bertukar fikiran bagi menjana pendapatan berasaskan pertanian dan pelancongan di Mukim Batu Yon Satu, Lipis.
Pada majlis itu, Mustapa turut menyampaikan sumbangan sebuah meja ping pong di bawah Program Padang Tengku Menyapa untuk kemudahan golongan belia dan penduduk kampung berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI