fbpx

Komuniti Kita: Aktiviti bersama masyarakat dengan pematuhan SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHLI Jawatankuasa (AJK) Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) bergambar kenangan di Kundasang, Sabah sempena program pemukiman AJK Kemudi Penggal 2020/2021 bersama Ketua-Ketua Biro agensi media baru-baru ini.

Komuniti Kita 1

SERAMAI 44 kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun terlibat dalam Program Berkhatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim di Dewan Orang Ramai Kampung Terap, Kulim, Kedah.

Komuniti Kita 2

PESERTA program International Deans’ Course Malaysian Chapter (MyIDC) kelolaan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Fakulti Teknikal dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bergambar kenangan semasa melawat perkampungan Orang Asli di Tanjung Malim, Perak.

Komuniti Kita 3

SEBAHAGIAN peserta yang menyertai kejohanan lumba basikal Cabaran Como anjuran Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang, Terengganu baru-baru ini.

Komuniti Kita 4

PENGERUSI Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor merangkap Pengerusi Yayasan Sej ahtera Kulai, Tosrin Jarvanthi (duduk, tengah) bergambar bersama kanak-kanak yang menerima bantuan peralatan sekolah sempena Program Penyerahan Sumbangan Back To School di Dewan Raya Putra, Bandar Putra Kulai, Johor baru-baru ini.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI