fbpx

Budak lelaki dikurung dua tahun dalam kandang haiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK lelaki berusia 12 tahun yang ditemui dalam keadaan kelaparan selepas dikurung selama dua tahun dalam kandang haiwan di Ngeria. - Polis Negeri Kebbi

ABUJA, Nigeria – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun diselamatkan selepas dua tahun dikurung dalam kandang binatang  oleh bapa dan tiga ibu tirinya, lapor akhbar Daily Mail.

Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, kanak-kanak malang yang tidak didedahkan namanya itu diselamatkan oleh sekumpulan peguam hak asasi manusia di rumahnya di Badariya, barat laut Nigeria  pada Ahad lalu.

“Mangsa telah diikat pada tiang kayu dan tinggal di kandang bersama ayam dan kambing selama dua tahun.

“Ketika ditemui, budak lelaki itu berada dalam keadaan lapar dan  tidak mampu untuk berdiri,” kata ketua pasukan penyelamat, Hamza Attahiru Wala.

Katanya lagi, mangsa kematian ibunya sejak dua tahun lalu, manakala bapa dan tiga  ibu tirinya tinggal  di dalam sebuah rumah yang selesa bersama 17 ahli keluarga yang lain.

Abang sulung mangsa memberitahu wartawan Sun Nigeria bahawa adiknya terpaksa dikurung dan diikat di dalam kandang kerana menghidap penyakit sawan.

Kanak-kanak itu  juga katanya, hanya diikat pada waktu siang bagi mengelak dia daripada melarikan diri.

Kanak-kanak malang itu kini dirawat di sebuah hospital tempatan, manakala bapa dan tiga ibu tirinya  ditahan polis untuk membantu  siasatan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI