fbpx

Asri Janggut pernah ditawar tapak sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHIDI ketika sidang akhbar semasa operasi bersepadu MBSA di Bandar Baru Sungai Buloh pagi tadi.

SUNGAI BULOH- Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pernah menawarkan tapak penjaja kepada pengusaha Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid, namun ditolak oleh lelaki tersebut.

“MBSA menawarkan tapak gerai sementara di Jalan 1A/3 namun beliau menolak pelawaan yang diberikan dan meneruskan perniagaan di bahu jalan yang menimbulkan isu keselamatan dan lalu lintas sehingga tindakan diambil,” katanya pada sidang akhbar semasa operasi bersepadu MBSA di Bandar Baru Sungai Buloh di sini pagi tadi.

Bagaimanapun, Mohd. Rashidi memaklumkan tidak tahu alasan yang diberikan oleh Mohd. Asri.

“Kamu kena tanya dia kenapa (tolak tawaran)” jawabnya ringkas.

Mohd. Asri atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut mendapat perhatian negara susulan video tular mengenai kegiatan judi haram di premis-premis perniagaan di Bandar Baru Sungai Buloh yang tidak dikenakan tindakan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI