fbpx

Aidil tak izin buka akaun Instagram anak – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak Fasha, Aisha Amaira. Kredit Foto Fasha Sandha

KUALA LUMPUR – Pelakon Fasha Sandha mendedahkan suaminya Aidil Aziz tidak mengizinkannya membuka akaun Instagram untuk anak mereka yang dilahirkan baru-baru ini, Aisha Amaira.

Perkara berkenaan dikongsikan Fasha selepas mendapati banyak akaun palsu menggunakan nama bayinya, Aisha dicipta oleh peminat.

Menjelaskan kekeliruan, Fasha berharap agar peminat tahu ketiga-tiga anaknya iaitu Rayfal, Raysha dan Aisha tidak pernah mempunyai sebarang akaun media sosial.

“Aisha tiada Instagram. Aisha pun terkejut ramai buatkan akaun untuk Aisha.

“Ibu tidak buat akaun untuk mana-mana anak ibu pun. Sebab ayah tidak izinkan. Semua gambar ibu, Rayfal, Raysha dan Aisha dalam Instagram ibu sahaja,” tulis Fasha menerusi Instagram sebentar tadi.

Aisha yang merupakan anak sulung hasil perkahwinan Fasha dan Aidil dilahirkan secara pembedahan pada 7 Ogos lalu.

Sebelum ini, Fasha mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemima bersama bekas suami, Rizal Ashram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI