fbpx

SPRM akui banyak aktiviti melindungi pusat judi haram di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD NOOR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menafikan wujud lebih banyak aktiviti melindungi pusat-pusat perniagaan haram termasuk judi haram dan pusat urut di seluruh negara namun ia sukar dibuktikan kerana tiada saksi.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, beliau akui menerima banyak maklumat dari seluruh negara mengenai aktiviti berkenaan khususnya yang dilindungi penguat kuasa.

Menurutnya, pihaknya masih memerlukan bukti dan sokongan serta keterangan saksi untuk menyiasat kes-kes yang dilaporkan itu.

“Begitupun, kita jangka ada lagi tangkapan berhubung kes berkenaan pada masa depan. Dalam hal ini, saya minta semua pihak bersabar sementara kami menjalankan penguatkuasaan di bawah bidang kuasa yang kami ada.

“Seperti yang saya sebut banyak kali, bukan mudah untuk mencari orang yang mahu mendedahkan sesuatu perkara dan menjadi saksi, jadi saya ucap terima kasih kepada pemberi maklumat dan pengadu kes ini yang berani tampil ke hadapan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran PUBG Mobile i-Challenge di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI