fbpx

Lelaki ditembak di luar White House, Trump dipindahkan semasa sidang akhbar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG ejen Perkhidmatan Rahsia meminta Trump meninggalkan bilik taklimat selepas beberapa das tembakan dilapor dilepaskan dekat White House kelmarin. - AFP

WASHINGTON – Ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) menembak dan mencederakan seorang lelaki bersenjata di luar White House kelmarin, kata Presiden Donald Trump selepas beliau dipindahkan seketika semasa sidang akhbar.

Ketika Trump bercakap kepada pemberita di bilik taklimat White House, seorang pengawal peribadi Perkhidmatan Rahsia menghampiri beliau lalu mencelah, “Tuan bolehkah tuan ikut saya?”

Trump dan beberapa staf White House kemudian meninggalkan bilik tersebut yang dikunci ketika kumpulan wartawan masih di dalam.

Di luar pula, ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia bersenjatakan raifal automatik bergegas ke laman White House dan mengambil kedudukan di belakang pokok-pokok.

 

SEBUAH basikal terbalik milik ejen Perkhidmatan Rahsia AS dilihat di kaki lima Pennsylvania Avenue dekat White House kelmarin. – AFP

 

Menurut saluran berita Fox News yang menempatkan pasukan jurukamera di luar White House, bunyi dua das tembakan kedengaran.

Beberapa minit kemudian, Trump muncul semula di sidang akhbar tersebut dan mengumumkan bahawa seseorang telah ditembak oleh Perkhidmatan Rahsia di luar perkarangan White House.

“Anggota penguat kuasa undang-undang menembak seseorang, ia kelihatan seperti seorang suspek dan suspek tersebut sedang dibawa ke hospital,” katanya.

Perkhidmatan Rahsia kemudian membuat kenyataan di Twitter menyebut “seorang suspek lelaki dibawa ke hospital bersama seorang ejen” selepas “seorang anggota penguat kuasa undang-undang terlibat dalam kejadian tembakan di alamat
17th Street and Pennsylvania Avenue, tidak jauh dari White House.

Menurut Trump, beliau tidak tahu menahu mengenai identiti atau motif individu yang ditembak.

“Ia mungkin tiada kena mengena dengan saya,” ujarnya.

Setakat ini, belum ada maklumat tentang jenis ancaman yang didatangkan suspek.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada lelaki itu membawa senjata api, Trump berkata: “Daripada apa yang saya tahu, jawapannya adalah ya,”. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI