fbpx

Kakitangan terlibat integriti berdepan dibuang kerja – Haris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang terlibat dalam integriti termasuk rasuah akan berdepan hukuman tatatertib termasuk dibuang kerja.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, pihaknya tidak sesekali akan melindungi kakitangan yang terlibat dalam salah laku kerja.

“Ini berkaitan integriti dan sentiasa saya kerap memberikan peringatan dan amaran dalam pelbagai platform,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penahanan tiga pegawai penguat kuasa MBSA Cawangan Sungai Buloh kerana dipercayai menerima rasuah.

Beliau turut menegaskan pihaknya akan memastikan kakitangan MBSA lebih serius dalam memantau terutama lokasi perjudian bagi mengelakkan kejadian sebegini tidak berulang.

“Itu sudah menjadi rutin tugas mereka dan saya akan melakukan pengiliran kawasan selepas ini bagi kakitangan MBSA,” katanya.

Mengulas lanjut, Haris menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk melakukan siasatan lanjut terhadap tiga anggota MBSA yang ditahan itu.

“Sudah jadi kes SPRM, justeru biar SPRM siasat dan kalau betul mereka akan didakwa,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI