fbpx

Dendam lama motif penganggur ditetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Kelantan yang baharu, Deputi Komisioner Shafein Mamat ( kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas bersama Ketua Polis Kelantan lama (Hasanuddin Hassan (kiri) disaksikan Pengarah Urusan Bukit Aman, Datuk Abdul Rahim Jaafar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Suspek yang menetak seorang penganggur sehingga parah dalam kejadian amuk di sebuah rumah di Wakaf Mek Zainab di semalam dipercayai bermotifkan dendam.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafein Mamat berkata, mangsa dan suspek dipercayai mengenali antara satu sama lain dan pernah berlaku perselisihan faham antara mereka.

Katanya, kejadian itu juga dipercayai berpunca daripada dendam lama antara kedua-dua mereka sebelum ini.

“Suspek dalam kes ini merupakan individu normal dan kita menafikan bahawa lelaki itu bukan orang kurang siuman namun, siasatan lanjut masih dilakukan.

“Kita juga masih mencari senjata dipercayai parang yang digunakan dalam kes berkenaan,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Sementara itu, Shafein berkata, suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 30-an direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan mendapati suspek mempunyai tiga kes rekod lampau berkaitan dadah namun, ujian saringan air kencing terhadapnya didapati negatif.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, seorang penganggur sempat melaungkan kalimah Allahuakbar beberapa kali semasa ditetak seorang pemuda dengan parang dalam kejadian amuk di sebuah rumah di Wakaf Mek Zainab di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 45 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dekat sini untuk mendapatkan rawatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI