fbpx

Fikry mahu tunggu dan lihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIKRY IBRAHIM (kiri) dan Michael Ang.

KUALA LUMPUR – Pelakon Fikry Ibrahim mahu mengambil pendekatan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh pengarah, Michael Ang dalam satu rakaman video di Instagram semalam.

Sebaliknya, Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 26, berkata, dia hanya mahu menunggu pendedahan seterusnya daripada pengarah tersebut.

“Banyak persoalan yang menimbulkan dan tanda tanya daripada video pendedahan yang dimuat naiknya (Micheal)  semalam.

“Jadi, tindakan saya ketika ini ialah diam dan bersedia menerima apa lagi yang dia mahu katakan tentang saya. Kalau boleh saya tidak mahu keluarkan banyak komen setakat ini,” kata pelakon terkenal menerusi drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek itu kepada Kosmo Online!.

Bertanya tentang tindakannya meninggalkan komen, ‘Alhamdulillah’ pada ruangan komen video Michael, Fikry menjelaskan tindakan ialah simbolik tanda hormatnya kepada pengarah berbangsa Cina itu yang telah memeluk agama Islam.

“Saya cuma tulis ‘Alhamdulillah’. Dia pun baru peluk Islam, jadi tidak salah pun kan?,” ujarnya.

Terdahulu, pada 26 Jun lalu, Michael memuat naik sebuah video yang mendedahkan seorang pelakon yang dilabel seorang penipu dan melabelkan individu itu sebagai Virus FI.

Pendedahan tersebut berlarutan sehingga Fikry pula mengeluarkan kenyataan sebagaimana tersiar dalam rancangan Melodi pada Ahad lalu mengenai seorang penerbit dan pengarah yang hanya dinamakannya sebagai ‘Mukmin’.

Pemenang tempat ketiga program realiti, Lawak solo pada 2016 itu turut bengang terhadap tindakan Mukmin yang didakwa cuba mencalar reputasinya dalam laman sosial.

Perbalahan tersebut berlarutan sehingga Michael menempelak tindakan Fikry dengan memuat naik sebuah lagi video dalam Instagramnya pada petang Ahad yang sama..

Dalam video berdurasi empat minit 13 saat tersebut, pengarah yang sedang sibuik di lokasi drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa itu menafikan menjelaskan soal penolakan tawaran lakonan oleh Fikry dan penafian dirinya ada memburuk-buruk nama Fikry di depan pihak televisyen..

“Bila masa saya burukkan awak, saya burukkan apa? Saya cuma beritahu orang stesen televisyen yang awalnya 10 hari dan kemudian awak ada pengambaran Keluarga Baha don dan sebab itu tak mahu buat drama dengan saya,” memetik antara kata-kata Michael yang ditujukan kepada Fikry. K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI