fbpx

MBI bersihkan tujuh tan sampah haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi (dua dari kiri) bersama Nolee (kanan) menaman sebatang anak pokok pada Program Gotong-Royong Pembersihan Merdeka Zon Pasir Pinji dan Pelancaran Kebun Komuniti pagi tadi.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Sikap segelintir warga bandar ini yang pengotor menyaksikan kira-kira tujuh tan sampah haram telah dibersihkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sepanjang tahun ini.

Ia melibatkan sebanyak 1,672 lokasi lantas menunjukkan sikap tidak cakna golongan pengotor ini dalam soal menjaga kebersihan setempat.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kerja-kerja pembersihan ini telah dilakukan sebanyak 13,140 kali di lokasi tersebut berikutan pembuangan sampah berulang.

Menurut beliau, pengurusan sampah yang teratur juga berkait rapat dengan sikap dan kesedaran.

“MBI juga telah mengeluarkan sebanyak 541 tawaran kompaun yang berjumlah RM 438,600.00 dalam tempoh tersebut.

“Pada masa sama, kita juga telah menjalankan sebanyak 22 program gotong-royong termasuk melibatkan komuniti setempat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Gotong-Royong Pembersihan Merdeka Zon Pasir Pinji dan Pelancaran Kebun Komuniti pagi tadi.

Lebih 200 orang peserta daripada MBI, Puncak Emas Infra Sdn. Bhd, pertubuhan bukan kerajaaan, agensi kerajaan (NGO) dan warga Pasir Pinji telah mengambil bahagian.

Program anjuran MBI dengan kerjasama Platun Rela dan NGO Pasir Pinji itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI