fbpx

Kubur jadi tempat meditasi pelajar universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAJAR Universiti Radboud di Nijmegen kini berani untuk berbaring dalam lubang kubur yang digali untuk tujuan meditasi.

 

 

SELALUNYA, pokok-pokok bunga dan monumen korporat menjadi penghias landskap luar bagi sesebuah universiti.

Bagaimanapun, berbeza pula bagi Universiti Radboud yang terletak di Nijmegen, Belanda apabila sebuah lubang kubur pada kedalaman tujuh kaki dijadikan sebagai salah satu penyeri landskap universitinya.

Biarpun situasi tersebut agak menyeramkan bagi sesetengah masyarakat luar, namun berbeza pula bagi pelajar dan kakitangan di universiti tersebut. Mereka mendakwa begitu teruja dengan kewujudan sebuah lubang kubur yang bersaiz sederhana itu.

Dikenali sebagai makam penyucian, lubang kubur itu dijadikan sebagai tapak meditasi dan muhasabah diri bagi pelajar dan pensyarah di universiti tersebut.

Menerusi laman web Universiti Radboud, jurucakap universiti tersebut memberitahu, idea untuk mewujudkan kubur itu timbul selepas mendapati kebanyakan masyarakat hari ini lebih cenderung memikirkan tentang kematian.

“Pada asalnya kubur ini digali pada tahun 2009. Ia merupakan salah satu projek sekumpulan pelajar tahun akhir kami. Bagaimanapun, ia ditutup pada tahun 2011 sebaik projek tersebut tamat.

“Biarpun begitu, atas permintaan ramai, kubur ini dibuka semula sekitar November lalu dan dikekalkan sehingga ke hari ini,” jelasnya.

 

LUBANG kubur yang juga dikenali sebagai makam penyucian yang menjadi kebanggaan Universiti Radboud, Nijmegen kini menjadi bualan masyarakat sekitar.

 

Menurut laman web universiti itu lagi, walaupun kubur itu kini menjadi tarikan para pelajar hari ini, namun ketika dibuka buat pertama kali pada tahun 2009 hingga 2011, hanya 39 orang pelajar yang berani berbaring di dalam lubang kubur tersebut.

Berbeza pula pada hari ini, apabila ratusan penghuni universiti tersebut cuba berbaring di dalam lubang itu. Menariknya bukan sahaja pelajar di universiti tersebut, malah kubur itu juga mendapat tarikan daripada pelajar-pelajar daripada universiti berdekatan.

“Mereka sanggup beratur dan mendaftar semata-mata untuk berbaring di dalam lubang kubur tersebut. Mereka perlu berbaring bagi tempoh 30 minit hingga tiga jam.

“Mereka tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, buku mahupun apa-apa peralatan sepanjang sesi pembaringan tersebut. Ini bagi membolehkan mereka berbaring dengan tenang dan fokus pada persekitaran selain memuhasabah diri,” jelasnya.

Sementara itu, setiausaha gereja pelajar Ilse Hubers memberitahu majalah VICE bahawa beberapa orang individu yang sama akan menggunakan kubur sebagai salah satu tempat untuk berehat setiap minggu.

“Ramai yang mendakwa mampu berehat dengan tenang. Selain tiada gangguan, ia juga mewujudkan sensasi semula jadi apabila berbaring bertilamkan tanah dan berbumbungkan awan.

“Bagaimanapun, ada juga yang mendakwa mereka diganggu dengan kejadian misteri sepanjang berada di dalam lubang kubur tersebut,” jelasnya.

Menurut seorang paderi di geraja universiti tersebut, John Hacking, taktik itu sebenarnya dikenali sebagai kaedah merenungkan kematian dan telah digunakan sebagai salah satu bentuk terapi beberapa abad lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI