fbpx

Felda United bakal berputih mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANIAL (kiri) yang tamat kontrak bersama Felda United pada penghujung musim ini dianggap sebagai salah seorang pemain muda terbaik di Malaysia.

PASUKAN Felda United terpaksa akur melepaskan pemain sensasi, Muhd. Danial Amier Norhisham secara percuma ke pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang lain memandang­kan kontraknya bakal tamat pada penghujung musim ini.

Perkara tersebut diluahkan oleh ketua jurulatih The Fighters,­ Mohd. Nidzam Jamil yang mengakui sukar buat pihak pengurusan mengekalkan khidmat Danial yang dianggap sebagai salah seorang pemain muda terbaik di Malaysia.

“Kami anggap bakat Danial umpama pisang goreng panas kerana semua pasukan di Malaysia mahu mendapatkan khid­matnya dan perkara itu bukan lagi rahsia.

“Secara jujur, Felda juga sangat berminat untuk mengekalkan khidmatnya memandangkan dia lahir daripada akademi kami dan pengurusan mahu dia terus berbakti bersama pasukan untuk jangka panjang.

“Namun, segalanya terletak di tangan Daniel sama ada mahu kekal atau tidak. Apa yang penting, saya percaya fokus utamanya adalah untuk membantu pasukan mengharungi baki saingan Liga M musim ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Sebagai rekod, Danial Amier difahamkan hampir angkat kaki daripada Felda pada penghujung tahun lalu tetapi penebusan klausa kontraknya bernilai RM1 juta telah membantutkan hasrat pasukan yang berminat untuk menandatanganinya.

Nidzam mengakui, mereka telah melakukan perbincangan dengan beberapa pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya sebelum saingan musim ini bermula tetapi tiada yang berani untuk menebus kontrak Danial.

“Klausa kontrak Danial sememangnya bernilai RM1 juta tahun lalu. Ketika itu hanya ada risikan daripada beberapa pa­sukan, tetapi tiada yang serius dan berani untuk me­ngadakan perbincangan lanjut.

“Justeru, situasi tersebut menyebabkan pasukan bakal kehilangan khidmatnya secara percuma tahun ini andai dia tidak mahu menyambung kontrak baharu. Itulah hakikat dan lumrah bola sepak yang kita perlu terima,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI