fbpx

Dua kluster baharu dikesan, 13 kes direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Dua kluster baharu Covid-19 iaitu kluster Kurau di Pulau Pinang dan kluster Meranti (Putrajaya) dikesan semalam dengan masing-masing mencatatkan satu kes menjadikan jumlah kes Covid-19 di seluruh negara sebanyak 13.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dua kluster tersebut adalah penularan tempatan membabitkan warganegara selain dua kes baharu daripada kluster Sivagangga.

“Selain empat kes penularan tempatan, sembilan kes adalah jangkitan import membabitkan lima warganegara dan empat bukan warganegara.

“Daripada jumlah itu, tujuh direkodkan di Kuala Lumpur dengan kes dikenal pasti dari China (2), India (2), Jepun (1), Ireland (1), Indonesia (1) manakala masing-masing satu kes dari Yaman dan Jepun yang direkodkan di Selangor dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak sembilan kes pulih Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,784 kes atau 96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI