fbpx

Mendapan pasir LKIM Chendering bakal selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Abdullah (kanan) mendengar penerangan Tengku Mohd. Anuar (kiri) berhubung masalah mendapan pasir di Pelabuhan LKIM Chedering, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Masalah mendapan pasir yang menyukarkan bot-bot nelayan laut untuk memudiki jeti Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering di sini bagi mendaratkan hasil laut sejak hampir tujuh tahun lalu bakal diselesaikan tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diberi tanggungjawab untuk mengorek mendapan pasir di jeti pelabuhan itu melibatkan peruntukkan RM15 juta.

“Saya difahamkan pasir terbabit akan digunakan untuk menambak Pantai Rusila, Marang yang teruk terjejas dengan hakisan. Sehubungan itu, projek ini menyelesaikan dua masalah di Pelabuhan LKIM Chendering dan pantai itu sekali gus.

“Semoga apabila projek ini siap, pelabuhan ini dapat beroperasi semula secara optimum seperti sebelum ini. Dasar kementerian kini ialah untuk mengutamakan pemulihan insfastruktur sedia ada yang bermasalah,” katanya ketika meninjau Pelabuhan LKIM Chendering di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah LKIM Terengganu, Tengku Mohd. Anuar Tengku Mahmood dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, Mohd. Sor Othman.

Che Abdullah berkata, isu mendapan pasir merupakan antara punca utama kemerosotan Pelabuhan LKIM Chendering sehingga menjejaskan pendaratan ikan iaitu hanya 1,334.47 metrik tan pada tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI