fbpx

Budak 9 tahun kalahkan profesor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NATALIA ketepikan rekod dunia milik seorang profesor dari India untuk diktiraf sebagai individu paling pantas menyusun jadual berkala. – TWITTER/@QURESHISAYSS

ISLAMABAD, Pakistan – Seorang budak perempuan berumur sembilan tahun mencipta nama dalam rekod dunia Guinness World Records selepas dia menyusun jadual berkala dalam masa hanya 2 minit 42 saat, lapor portal Gulf News.

Kejayaan Natalia Najam itu sekali gus mengetepikan pemegang rekod terdahulu milik seorang profesor ekonomi dari India, Meenakshi Agarwal dengan perbezaan masa 7 saat.

Natalia dari Lahore berjaya mencatat rekod dunia sebagai individu paling pantas menyusun jadual berkala itu dalam satu majlis khas yang diadakan pada 18 Julai lalu.

“Saya tidak dapat mengawal perasaan dan menjerit kerana terlalu gembira apabila berjaya mencipta rekod dunia ini,” katanya.

Menurutnya lagi, dia berharap kejayaan yang diperoleh itu dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak lain di seluruh dunia untuk mempelajari jurusan sains bagi memupuk kerjaya dalam bidang teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Bercakap kepada media tempatan, bapanya, Hasan Najam memberitahu, Natalia tidak mendapat pendidikan normal di sekolah, sebaliknya hanya mengikuti sesi pembelajaran di rumah.

Kejayaan Natalia itu turut dirai penduduk Pakistan yang tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah dan menggelar kanak-kanak itu sebagai ‘saintis muda Pakistan’. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI