fbpx

Bottas terus kekal bersama Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOTTAS kekal semusim lagi bersama Mercedes selepas menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan itu. – AFP

LONDON – Pelumba No. 2 pasukan Mercedes, Valtteri Bottas mengakui keputusan menandatangani kontrak lanjutan untuk kekal bersama pasukan juara Formula Satu (F1) bagi saingan 2021 sangat mudah untuk dilakukan.

Kata Bottas, tiada pembaharuan daripada segi terma dan syarat dalam kontrak yang ditawarkan oleh Mercedes kerana ia hampir sama seperti yang di­terima sejak mewakili pasukan itu bermula 2017.

“Perbincangan antara kami kali ini lebih mudah meskipun pada awalnya ia ditangguhkan beberapa kali ekoran penularan pandemik Covid-19. Susulan itu, saya meminta pihak pengurusan untuk menawarkan kontrak baharu selepas saingan Grand Prix bermula rasmi bulan lalu.

“Saya sangat gembira apabila diberi peluang bersama pasukan ini setahun lagi dan kini fikiran saya lebih tenang untuk memberikan aksi yang terbaik pada Grand Prix (GP) Ulang Tahun ke-70 F1 di Litar Silverstone, Ahad ini.

“Mengenai kontrak, tiada pembaharuan atau terma istimewa yang diberikan oleh Mercedes dan ia hampir sama seratus pe­ratus seperti tawaran sebelum ini. Namun, saya berpuas hati de­ngan gambaran mengenai pe­rancangan yang akan dilakukan oleh pasukan ini tahun depan,” katanya.

Sebagai rekod, Bottas kini berada dalam prestasi terbaik selepas berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan mengutip 58 mata, ketinggalan 30 mata berbanding pendahulu yang juga rakan sepasukan, Lewis Hamilton.

Sementara itu, pasukan Mercedes masih lagi berusaha untuk mengekalkan juara dunia enam kali, Hamilton untuk saingan musim hadapan dan difahamkan perbincangan mengenai kontrak baharu masih berjalan dan hampir menemui kata putus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI