fbpx

Akibat PKP, Awie takut tengok cermin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AWIE

KUALA LUMPUR- Penyanyi rock popular, Datuk Awie Wings mengakui dia takut melihat diri sendiri di dalam cermin selepas berat badannya naik mendadak sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Osman, 51, berkata sepanjang PKP dia memang hanya terperuk di rumah dan mula menjadikan rutin memasak sebagai aktiviti kegemaran.

“Saya masak, saya makan jadi hasilnya berat saya hampir mencecah 90 kilogram(kg). Saya takut hendak melihat diri sendiri dalam cermin sepanjang PKP.

“Berat badan ideal saya sepatutnya hanya dalam lingkungan 70kg hingga 80kg agar sesuai dengan ketinggian saya,” katanya ketika ditemui pada sidang akhabr Konsert Virtual Wings Kita Merdeka 2020 di restoran JM Bariani House, Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju, pada Jumaat.

Tambah Awie, dia kini dalam proses menurunkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat seperti  nasi dan lebih banyak mengambil lauk-pauk yang dimasak secara rebus atau panggang.

Langkah tersebut juga menjadi salah satu daripada persiapan pelantun lagu Pentas Opera itu bagi menjayakan konsert virtual Wings yang dijadualkan berlangsung pada 29 Ogos ini.

KUMPULAN Wings bakal muncul dengan Konsert Virtual Wings: Kita Merdeka pada 29 Ogos nanti. – IHSAN AZLAN YAACOB (@azlan_yaacob)

 

“Sekarang berat saya sudah turun menjadi 86kg. Selepas persembahan untuk konsert virtual itu selesai, saya akan kembali masuk ke gimnasium dan fokus untuk mengembalikan berat badan asal   seperti sebelum PKP,” ujar Awie.

Selain persiapan konsert, Awie kini giat menjalani penggambaran drama terbitan Rumah Produksi Merah bertajuk 10 Tips Menipu Bini untuk siaran Astro First.

Sementara itu, Konsert Virtual Wings: Kita Merdeka akan menjadi konsert pertama di Malaysia yang dibuat secara virtual dan tiket-tiket sudah mula dijual menerusi www.galactix.asia pada harga RM35.

K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI