fbpx

Pemancing ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa, Che Mohd. Abdullah Che Deraman, 27, dijumpai di Sungai Galas di Kampung Seberang Lembaga, Gua Musang selepas tergelincir sewaktu memancing petang tadi.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang lelaki ditemui mati lemas selepas terjatuh dalam sungai berhampiran rumahnya di Kampung Seberang Lembaga di sini petang tadi.

Mangsa, Che Mohd. Abdullah Che Deraman, 27, dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Galas ketika memancing ikan di sungai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Arifuddin Akif Mohd. Noor
berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada pukul 3.56 petang.

Katanya, seramai sembilan anggota diketuai Ketua Operasi, Hasri Hussin bersama tiga jentera telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi 13 minit kemudian, anggota penyelamat terus melancarkan gerakan mencari sebelum mangsa dijumpai tidak jauh dari tempat kejadian.

“Kita menemui mayat mangsa pada pukul 5.06 petang sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI