fbpx

Leclerc akui masih hormati Hamilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC mengakui Mercedes berjaya mendominasi perlumbaan F1 sejak beberapa tahun lalu kerana kombinasi yang baik antara jentera dan Hamilton. – AFP

LONDON – Pelumba muda pasukan Ferrari, Charles Leclerc me­ngakui sangat menghormati juara dunia enam kali, Lewis Hamilton yang dianggap sebagai salah seorang jaguh Formula Satu (F1) terbaik sepanjang zaman.

Kata Leclerc, pelumba kelahiran England itu wajar dihormati dalam arena perlumbaan F1 meskipun Hamilton mewakili Mercedes yang merupakan pasukan pesaing utama Ferrari.

“Saya rasa Hamilton tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya dan saya tidak tahu kenapa ia berlaku. Secara peri­badi, saya menjadikan Hamilton sebagai idola kerana dia adalah salah seorang pelumba F1 terbaik sepanjang zaman.

“Dia sangat konsisten dalam memburu kejuaraan selain memiliki mentaliti kemenangan yang tinggi. Justeru, tidak hairanlah pasukan Mercedes berjaya mendominasi saingan F1 sejak beberapa tahun lalu.

“Kombinasi jentera yang pantas dengan corak pemanduan Hamilton sangat sempurna dan sukar buat pasukan pesaing se­perti kami memecah dominasi tersebut,” katanya.

Sebagai rekod, Hamilton berjaya merekodkan kemenangan bersih pasukan Mercedes pada kalendar F1 musim ini selepas menjuarai Grand Prix (GP) Bri­tish minggu lalu meskipun tayar jenteranya ‘pecah’ pada pusingan terakhir.

Kemenangan tersebut meletakkan Hamilton selesa mendahului carta pelumba dengan 88 mata selepas mengharungi empat perlumbaan musim ini, manakala Leclerc berada di kedudukan kelima dengan 33 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI