fbpx

Kenduri secara sederhana lebih mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis perkahwinan Syed Faizzat dan pasangannya, Siti Farhana berlangsung sederhana di rumah keluarga mereka di Batu Gajah hari ini.

Oleh ZAKI SALLEH

BATU GAJAH – Sepasang mempelai di Taman Anjung Beban Maju di sini tetap meraikan hari bahagia walaupun diadakan sederhana berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Hari bahagia bagi Syed Faizzat Syed Ahmad Tahrin dan pasangannya, Siti Farhana Mohd. Yusof dihadiri kira-kira 200 orang tetamu sahaja daripada kedua-dua belah keluarga.

Semua tetamu yang hadir juga perlu diambil suhu badan, mengimbas paparan kod QR aplikasi MySejahtera dan menjaga jarak fizikal satu meter.

Syed Faizzat bertugas sebagai juruteknik di Shah Alam, Selangor manakala Siti Farhana pula bekerja di sebuah syarikat perkhidmatan di Kuala Lumpur.

Majlis akad nikah pasangan ini diadakan pada pukul 10 pagi tadi di Pejabat Agama Islam Daerah Batu Gajah.

Menurut Syed Faizzat, 28, walaupun majlis dilangsungkan sederhana tetapi tetap meriah dengan kehadiran saudara mara terdekat.

Katanya, perancangan majlis juga tidak rumit kerana jumlah tetamu yang terhad selain dilakukan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

“Kami hanya melaksanakan satu majlis kenduri sahaja iaitu di rumah keluarga saya kerana isteri juga merupakan orang setempat.

“Hari kenduri juga dilakukan pada hari sama pernikahan lantas ia memudahkan kerana berlangsung serentak,” ujarnya.

Sementara itu kata Siti Farhana, urusan perkahwinan lebih mudah kerana dokumentasi dilengkapkan secara atas talian manakala tarikh pernikahan ditentukan sendiri.

“Kenduri hanya dirancang selepas tarikh akad nikah ditetapkan. Pada saya majlis perkahwinan semasa PKPP lebih mudah, sederhana dan menjimatkan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI