fbpx

LZS terima zakat perniagaan hampir RM23 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN Sharafuddin (tengah) berkenan menerima zakat perniagaan daripada Amir Hamzah (dua kiri) dalam satu majlis di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

NOR AZIHAN MD. GHAZALI

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada sembilan syarikat korporat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM22,973,247.69 yang diserahkan dalam satu upacara di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Sembilan syarikat korporat berkenaan adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB), UMW Holdings Berhad, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat), Kumpulan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), Anih Berhad, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), Maybank Islamic Berhad dan Northport (Malaysia).

Pada majlis itu, TNB yang diwakili Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mendahului senarai syarikat korporat dengan jumlah bayaran zakat perniagaan sebanyak RM5,389,531.68.

Penyerahan kedua diikuti UMW Holdings Berhad yang diwakili Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman selaku Pengerusi Kumpulan dengan jumlah zakat perniagaan sebanyak RM4,147,654.50.

Ia diikuti MPOB yang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2,582,879.90 dengan diwakili Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Bank Rakyat pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rosman Mohamed yang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2,538,145.

Manakala syarikat pengurusan alam sekitar Malaysia yang terlibat dalam pengurusan sisa dan bahan buangan, pelupusan sisa pepejal iaitu Alam Flora diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Zain Hassan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,989,848.12.

Anih Berhad pula menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,976,921.45. Syarikat tersebut diwakili Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MTD, Mohamad Husni Abdul Mutalib.

Tidak terkecuali BERNAS diwakili Pengarah Urusannya, Ismail Mohamed Yusof menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,797,366.05 kepada baginda.

Sementara itu, Maybank Islamic Berhad diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Shahrizan Sulaiman menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM1,300,000.

Penyerahan terakhir dilakukan Northport (Malaysia) Bhd dengan nilai zakat berjumlah RM1,250,901. Ia diserahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Shah Mohd Yusof.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan kesemua syarikat korporat yang hadir itu menunaikan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2019.

Hadir sama dalam upacara berkenaan adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohammed Khusrin Munawi dan Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail serta Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI