fbpx

Bapa tak mengaku salah cederakan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH, Mohd. Faizal Ramly, 37, dibawa keluar Mahkamah Majistret Kuala Kangsa hari ini kerana dituduh mencederakan anaknya Ahad lalu.

KUALA KANGSAR – Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ni atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap anak perempuannya yang berusia tujuh tahun, Ahad lalu.

Tertuduh, Mohd. Faizal Ramly, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada anaknya di rumah mereka di Kampung Kroh Hilir, Padang Rengas dekat sini pada pukul 8.20 malam, 2 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama 326A kanun sama yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Noridah Dali, manakala tertuduh diwakili peguam bela Nurul Syuhada Mohd. Yusof daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu di dalam mahkamah sama, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam dirinya di Pejabat Narkotik di sini pada pukul 11.20 malam, 14 Januari lalu.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama setahun bermula hari ini dan dikenakan perintah pengawasan selama dua tahun.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang bapa tergamak menghempas anak perempuannya yang berusia tujuh tahun ke lantai selepas kanak-kanak itu meminta air daripadanya dalam kejadian di Kampung Kroh Hilir, Padang Rengas dekat sini Ahad lalu.

Kejadian kira-kira pada pukul 8.20 malam itu menyebabkan kanak-kanak perempuan berkenaan mengalami kecederaan luka pada dahi selain bengkak selepas kepalanya terkena bucu meja makan ketika dihempas bapanya itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI