fbpx

Geng Fuad, Khairul ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDULLAH Mohamad Piah (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan gambar empat suspek yang masih dikehendaki melibatkan kes tetak pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kota Bharu di sini hari ini . FOTO ZULHANIFA SIDEK

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Seramai 19 individu termasuk tiga wanita daripada dua kumpulan penarik kereta ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan parah salah seorang ahli mereka hujung bulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah berkata, kesemua suspek berusia 20 hingga 37 tahun dan enam daripada mereka ditahan pada 30 Julai dan 5 Ogos lalu.

Katanya, 13 lagi suspek ditahan pada pukul 7 pagi tadi di Pendang, Kedah dipercayai mahu melarikan diri ke negeri berkenaan.

“Kejadian awal tercetus pada 28 Julai, kedua-dua kumpulan iaitu Kumpulan Fuad dan Kumpulan Khairul dipercayai bergaduh antara satu sama lain di sebuah rumah di Jalan Pasir Puteh dekat sini kira-kira pukul 4 pagi.

“Insiden itu berlaku dipercayai Kumpulan Khairul dipercayai menarik kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki teman wanita kepada ketua Kumpulan Fuad.

“Susulan kejadian itu, seramai 15 ahli Kumpulan Fuad membawa 11 bilah pedang dan dua senjata api dengan memakai topeng menaiki tiga buah kereta jenis BMW, Suzuki Swift dan Proton Waja menyerang Kumpulan Khairul di rumah tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Bharu di sini hari ini.

Katanya, sewaktu serangan itu dilakukan, seramai enam orang ahli Kumpulan Khairul yang berada di rumah namun, mereka tidak mengalami sebarang kecedeaan.

“Ahli Kumpulan Fuad bertindak memecahkan cermin depan kereta jenis Perodua Myvi dan Mini Cooper manakala bertindak membakar bahagian hadapan kenderaan pacuan empat roda jenis Triton yang berada di rumah tersebut.

“Selain itu, dua jenis motosikal Yamaha Y15Z dan Yamaha Ego turut dilarikan oleh ahli Kumpulan Fuad.

Menurut Abdullah, angkara ingin membalas dendam, kumpulan Khairul bertindak menyerang adik Kumpulan Fuad di Kampung Padang Enggang, Jalan Pasir Hor pada 30 Julai lalu.

Katanya, sewaktu serangan berlaku, seorang ahli Kumpulan Fuad berusia 32 tahun ditetak dengan kejam menggunakan senjata tajam sehingga mengalami cedera parah pada anggota badan.

“Lelaki itu ditemui dalam keadaan terbaring berhampiran sebuah stor barangan besi buruk di Padang Enggang sebelum dihantar untuk menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini.

“Susulan kejadian itu, polis sedang mengesan mpat suspek lagi iaitu Nik Kamal Riduan Ismail, 36 , yang dikenali Abe Gagap, Mohd. Nurfino Omar, 37, Mohd. Fuad Mohd. Yusuf, 33 dan Muhamad Fahmi Norzere , 24 untuk membantu siasatan,” katanya.

Menurut Abdullah, kesemua suspek juga dipercayai masih berada di negeri ini dan polis sedang giat berusaha mencari senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung empat suspek yang diburu supaya menghubungi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 09 7753000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK), 326 KK, 436A KK, 427 KK dan 379A KK.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI