fbpx

KAKIB tawar pinjaman mudah RM1 juta kepada ahli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Skim Pembiayaan Khas Covid yang ditawarkan oleh Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Bhd. (KAKIB) telah memberi manfaat kepada 383 ahli koperasi tersebut.

Pengerusinya, Khairul Anuar Mohd. Nor berkata, skim pembiayaan tersebut ditawarkan kepada ahli koperasi tersebut bertujuan untuk meringankan beban kewangan mereka yang terjejas ekonomi ekoran pandemik Covid-19.

“Skim pinjaman mudah itu telah ditawarkan bermula April hingga Mei lalu dengan pinjaman sebanyak RM3,000 dengan kadar keuntungan hanya 2.5 peratus bagi bayaran balik sehingga lima tahun.

“Walau pun ahli-ahli KAKIB merupakan penjawat awam tetapi atas dasar prihatin semasa Perintah Kawalan Pergerakan lalu, kita prihatin atas nasib dan bebanan yang ditanggung.

“Sebanyak RM1,068,399.67 telah diperuntukkan dengan bayaran balik bermula September nanti. Ini juga antara peranan yang dilaksanakan bagi kepentingan ahli-ahli,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

 

 

KAKIB yang ditubuhkan pada tahun 1923 semasa era kolonial merupakan koperasi kedua tertua di Malaysia yang ketika ini memiliki seramai 6,679 ahli dengan nilai aset sebanyak RM97 juta manakala modal pula RM70 juta.

Selain itu, Khairul Anuar menjelaskan, KAKIB turut menyumbang barang-barang keperluan harian kepada ahli-ahli yang terkesan semasa PKP yang keseluruhannya bernilai RM10,000.

“Program Sumbangan Prihatin KAKIB ini merupakan salah satu aktiviti CSR kami. Bantuan ini difokuskan kepada anggota-anggota KAKIB dan orang awam yang terkesan dengan penularan Covid-19 yang menular sekarang ini.

“Kami juga memberi sumbangan minuman dan ‘hand sanitizer’ kepada pasukan petugas hadapan sebagai tanda sokongan moral serta menghargai mereka yang berjuang memerangi Covid 19”, tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI