fbpx

Takiyuddin sedia dipanggil polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan bersedia disiasat polis berhubung isu menghina mahkamah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu dan Setiausaha Agung Pas menegaskan dirinya turut tertakluk kepada undang-undang negara ini.

“Jika apa saya lakukan tertakluk kepada undang-undang tertentu dan saya dipanggil oleh polis, saya bersedia pergi ke balai polis dan memberi keterangan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu Liew View Keong (Warisan-Batu Sapi) membangkitkan isu hantaran Twitter yang didakwa menghina mahkamah oleh Takiyuddin.

Hantaran Twitter itu didakwa berkaitan keputusan mahkamah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International.

Sementara itu, Takiyuddin menyifatkan kunjungan beliau dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke kediaman Najib selepas bekas perdana menteri itu disabitkan bersalah adalah amalan biasa.

Menurut beliau, situasi itu sama seperti bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tokoh terbabit dipecat daripada UMNO. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI