fbpx

Sarawak lokasi pilihan transit dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kedudukan geografi yang bersempadan dengan negara jiran dan harga pasaran syabu tiga kali ganda berbanding di Malaysia merupakan faktor utama Sarawak dijadikan lokasi transit dadah.

Sindiket yang dipercayai didalangi warga tempatan itu menggunakan pelbagai helah merekrut golongan muda termasuk pelajar untuk dijadikan keldai dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, trend penyeludupan dadah ke Sarawak dari semenanjung me­ningkat selepas pihaknya me­lakukan Ops Nutcracker pada awal Julai lalu.

Risikan mendapati wujud aktiviti merekrut keldai dadah untuk memastikan bekalan bara­ngan haram itu dapat diseludup ke negara jiran selain untuk bekalan penduduk di Sarawak.

“Selain itu, harga pasaran syabu tiga kali ganda di negara jiran menyebabkan barangan itu mendapat permintaan tinggi. Oleh itu Sarawak adalah lokasi transit yang strategik.

“Siasatan mendapati seorang keldai dadah menerima upah sebanyak RM5,000 hingga RM8,000 bagi satu penghantaran,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Pada Julai lalu, polis melumpuhkan dua sindiket dadah yang aktif di Sarawak dengan penahanan 14 suspek termasuk pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dan Sub Inspektor dalam Ops Nutcracker.

Pelbagai jenis dadah seberat 182 kilogram bernilai RM10 juta dirampas dalam operasi itu.

Dua pegawai yang bertugas di Sarawak itu dipercayai bersekongkol dengan sindiket dadah berkenaan.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, kebanyakan dadah diseludup ke Sarawak menggunakan pe­ngangkutan udara.

“Pihak polis sudah mengetatkan pemantauan di lapangan terbang seluruh negara terutama­nya penerbangan ke Sarawak dan Sabah bagi mematahkan kegiatan penyeludupan dadah,” kata beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI