fbpx

Norway larang kapal berlabuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL Roald Amundsen berlabuh di Breivika, utara Noway kelmarin. AFP

OSLO – Norway semalam mengumumkan sekatan ke atas kapal persiaran yang berlayar di perairan negara itu selepas berpuluh-puluh orang di dalam sebuah kapal dijangkiti koronavirus.

Menteri Kesihatan, Ben Hoie berkata, kapal yang membawa lebih 100 orang termasuk kru tidak akan dibenar berlabuh atau menurunkan penumpang di pelabuhan-pelabuhan Norway untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.

Keputusan itu yang mengecualikan feri, akan menjejaskan enam syarikat perkapalan yang mempunyai permit menurunkan penumpang.

Syarikat kapal persiaran Norway, Hurtigruten menyatakan, pelayaran ekspedisinya akan digantung selepas kluster Covid-19 direkodkan di atas sebuah kapalnya.

Sekurang-kurangnya 41 orang dengan 36 daripadanya kru dan lima penumpang positif ujian Covid-19 selepas dua pelayaran antara Norway dan Kepulauan Svalbard di Lingkaran Artik.

Kedua-dua perjalanan melibatkan kapal MS Roald Amundsen.

Hurtigruten dikritik kerana lambat memaklumkan kepada 386 penumpang yang menaiki kapal Amundsen selepas kes pertama Covid-19 dikesan.

“Ini adalah situasi serius untuk semua orang yang terlibat. Kami tidak cukup bagus dan kami melakukan kesilapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Amundsen, Daniel Skjeldam dalam satu kenyataan.

Polis Norway turut membuka kertas siasatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI