fbpx

MOTAC beku MM2h

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kaunter program MM2H yang lengang Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengisytiharkan pembekuan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) buat sementara waktu.

Keputusan itu dibuat berikutan kerajaan masih belum membuka sempadan negara untuk pelancong susulan penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Kementerian Pelancongan bersama agensi lain akan mengkaji dan menilai semula secara komprehensif program tersebut sejak ia dilancarkan pada tahun 2002.

“Perkara-perkara yang akan diteliti dalam kajian ialah syarat-syarat, insentif-insentif serta perbandingan dengan program-program luar negara yang setara dengan Program MM2H.

“Semasa tempoh tersebut, proses permohonan baharu termasuk permohonan baharu yang telah dikemukakan kepada pihak Kementerian tidak akan diproeses,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, kenyataan itu turut menyebut mana-mana warga asing yang berminat untuk menyertai program MM2H, mereka boleh melakukan demikian setelah Kementerian mengaktifkan semula berdasarkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

Tambahnya, MOTAC memberi jaminan, hasil kajian itu nanti akan memberi manfaat kepada semua pemegang taruh yang terlibat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI