fbpx

Bank Muamalat sedia bantu pelanggan terjejas teruskan bayar pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

Bank Muamalat Malaysia Bhd. akan menyediakan bantuan bayaran bersasar bagi pelanggan yang berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk meneruskan bayaran pembiayaan mereka selepas tempoh moratorium berakhir pada 30
September  ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata,  bantuan bayaran bersasar ini sejajar dengan inisiatif bantuan COVID-19 yang diperluas oleh kerajaan, yang diumumkan baru-baru ini.

“Bank Muamalat telah menghubungi semua pelanggannya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pelbagai platform media sosial untuk memastikan pelanggannya menyedari tentang bantuan bayaran yang disediakan  pihak bank,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Bantuan bayaran bersasar disediakan untuk pelanggan dalam kategori terjejas iaitu individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, oleh itu, mereka akan diberikan moratorium lanjutan bersasar untuk tempoh tiga  bulan bermula 1 Oktober 2020.

Selain itu, bagi individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan maka bayaran ansuran mereka akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pembiayaan, untuk tempoh 6 bulan, bermula 1 Oktober  ini.

“Untuk pelanggan lain yang terjejas tetapi tidak termasuk dalam kategori terjejas, bantuan bayaran disediakan berdasarkan kes demi kes, ” ujarnya.