fbpx

Polis saman 40 perantau lakukan kesalahan lalu lintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Sebanyak 40 saman dikeluarkan pihak polis terhadap pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya dalam tempoh dua hari.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, sebanyak 18 saman dikeluarkan termasuk 16 kenderaan perantau yang kesalahan memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan hingga berlaku kesesakan teruk hari ini.

Katanya, tindakan saman itu terpaksa dikeluarkan kerana kedegilan pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan.

“Ia membabitkan pengguna Jalan Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang – Kuala Lipis kerana ramai yang pulang ke Kuala Lumpur memandu sesuka hati.

“Anggota polis terpaksa ditempatkan di beberapa lokasi tertentu bagi memantau kesesakan trafik yang berpunca daripada kerenah pemandu itu sendiri,” katanya.

Mohd. Taufik berkata, pada awal pagi ini aliran trafik menuju ke pusat bandar Gua Musang bergerak perlahan sejauh lebih 30 kilometer.

Katanya, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengguna yang melanggar peraturan jalan raya hingga menyebabkan kesesakan.

“Kita memahami kebanyakan perantau pulang menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung memilih saat akhir hari ini untuk pulang semula ke Kuala Lumpur.

“Kita berharap anak perantau bersabar kerana mereka mempunyai dua pilihan bagi pengguna ke Kuala Lumpur samada melalui Jalan Kuala Lipis atau Simpang Pulai, Ipoh.

“Bagaimanapun, kebanyakan mereka lebih berminat melalui Jalan Kuala Lipis berikutan disediakan banyak kemudahan tempat rehat,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI