fbpx

Immobile rangkul Kasut Emas Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMMOBILE (kanan) muncul penjaring terbanyak Eropah selepas meledak 36 gol musim ini. – AFP

NAPLES – Penyerang prolifik Lazio, Ciro Immobile muncul penjaring terbanyak Serie A dengan 36 gol sekali gus dinobatkan sebagai pemenang Ka­sut Emas Eropah untuk musim ini.

Kejayaan itu hadir selepas Immobile, 30, berjaya meledak satu gol meskipun tewas 1-3 kepada Napoli pada aksi terakhir Serie A di Stadium San Paolo awal pagi semalam.

Satu gol itu amat bermakna buat Immobile kerana berjaya menyamai rekod Serie A iaitu jumlah jaringan terbanyak semusim yang dilakukan Gonzalo Higuain sewaktu mewakili Napoli pada musim 2015-2016.

Ia juga membolehkan bintang skuad antarabangsa Itali itu ditabalkan sebagai penja­ring terbanyak Eropah menewaskan penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski yang terpaksa akur di tempat kedua dengan 34 gol.

Dua penyerang sensasi dunia iaitu Cristiano Ronaldo dari Juventus menamatkan saingan liga domestik musim ini dengan 31 gol, manakala bintang Barcelona, Lionel Messi hanya mampu meledak 25 jaringan.

“Ini adalah pencapaian hebat. Malangnya, dia cuma ke­tinggalan satu gol untuk mema­dam rekod Higuain tetapi saya percaya dia mampu melakukannya lagi musim depan,” kata jurulatih Lazio, Simone Inzaghi.

Bagaimanapun, kecemerlangan itu gagal membantu Lazio apabila terpaksa akur menamatkan saingan Serie A musim di tempat keempat, namun tetap mara ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI