fbpx

Noor Casulink penyeri Hyper Scape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAMA penuh karakter Noor Casulink (kanan) ialah Noor Azimah binti Yusof berusia 23 tahun dan watak tersebut berasal dari Pekan, Pahang tetapi menetap di Kuala Lumpur.

SEMAKIN banyak permainan video yang berada di pasaran ketika ini boleh dikatakan bagai pisang goreng panas, tetapi tidak semua memiliki karakter permainan yang boleh mencuri hati peminat e-Sukan negara.

Selain daripada strategi taktikal dan teknikal sesuatu permainan video, karakter yang menarik juga menjadi daya tarikan buat pembeli sebelum memuat turun atau membeli cakera padat digital permainan tersebut.

Permainan video terbaharu keluaran Ubisoft, Hyper Scape telah dilancarkan pada 12 Julai lepas mempamerkan kelainan kerana karakter wanita kelahiran Malaysia yang diberi gelaran Noor Casulink.

Menerusi laman wiki fandom, Noor Casulink merupakan salah satu daripada 12 karakter Juara (Champions) yang dipilih dalam permainan video bertemakan penembak pertama (FPS).

Menurut Ubisoft, latar belakang karakter yang bernama penuh Noor Azimah binti Yusof berusia 23 tahun itu adalah dari Pekan, Pahang tetapi menetap di Kuala Lumpur.

Karakter Noor Casulink dipi­lih sebagai wajah mewakili Asia Tenggara kerana selain memiliki wajah jelita, beliau juga seorang streamer tegar dan influencer di laman media sosial.

“Noor Casulink merupakan seorang ikon fesyen dan menjana pendapatan lumayan menerusi penstriman langsung terutama cara untuk make up, selain reviu berkaitan teknologi.

“Noor pernah mendapat pengiktirafan sebagai wanita pilihan Asia Tenggara oleh majalah VR Remaja tahun 2053.

“Namun, Noor enggan dilabel demikian kerana percaya setiap wanita mempunyai kele­bihan masing-masing dalam wawancara eksklusif untuk majalah tahun berikutnya, VR Remaja 2054,” kata laman wiki fandom tersebut.

Tiada kelebihan dari segi kekuatan yang khusus untuk karakter Noor kerana seperti karakter lain, beliau hanya bersifat fizikal dan kosmetik bahkan segalanya bergantung de­ngan senjata yang dikutip ketika berada dalam permainan video tersebut.

Selain Noor, antara karakter juara dalam permainan itu adalah Adi Casulink dari India, Cruze (Chile), Kehinde dan Javi (Nigeria) , Myrto (Greece), Nahari (Kanada), Takeshi (Jepun), Basilisk dan Paladin (Amerika Syarikat), Burns (Scotland) dan Laz (Cuba).

Hyper Scape merupakan permainan video bertemakan battle royale seperti Playerunknown Battleground (PUBG) dan Fortnight telah diedarkan menerusi laman web Ubisoft secara percuma.

Buat masa ini, Hyper Scape hanya boleh dimainkan menerusi medium komputer dan dijangka dipasarkan pada konsol seper­ti Playstation 4 dan Xbox One pada 11 Ogos depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI