fbpx

Gencatan senjata Afghanistan bertahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAHANAN Taliban berjalan keluar dari sebuah penjara di luar Kabul pada Jumaat lepas. - AFP

KABUL – Gencatan senjata antara kumpulan Taliban dan kerajaan Afghanistan masih bertahan pada hari ketiga dan terakhir, hari ini.

Keadaan tenteram dilihat di sebahagian besar negara Afghanistan, manakala  pihak berkuasa tidak melaporkan sebarang pertempuran besar antara dua pihak berbalah itu sejak gencatan senjata bermula pada Jumaat lepas bagi meraikan Aidiladha.

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani dan kumpulan Taliban memberi isyarat bahawa rundingan damai yang tertunda sejak sekian lama boleh bermula sebaik sahaja selepas Aidiladha.

“Aidiladha kali ini terasa berbeza, taman-taman penuh dengan orang ramai sehinggakan anda hampir terlupa bahawa perang saudara di negara ini berlarutan selama 40 tahun,” kata penduduk Jalalabad, Shahpoor Shadab.

Di wilayah bergolak Zabul, beberapa penduduk mendeklamasi puisi meminta gencatan senjata tersebut dijadikan tetap.

“Keamanan adalah keperluan dan aspirasi semua orang,” kata penyajak, Sardar Wali.

Di bawah perjanjian ditandatangani Taliban dan Amerika Syarikat (AS) pada Februari lepas, rundingan damai antara Kabul dan pemberontak tersebut sepatutnya bermula pada Mac lalu tetapi tergendala akibat perbalahan politik dan halangan dalam program pertukaran tahanan melibatkan kedua-dua belah pihak.

Persetujuan pertukaran tahanan itu menyebut bahawa Kabul akan membebaskan kira-kira 5,000 banduan Taliban untuk ditukar dengan 1,000 anggota keselamatan Afghanistan.

Majlis Keselamatan Nasional Afghanistan menyatakan semalam bahawa seramai 300 lagi tahanan Taliban dibebaskan sejak Jumaat lepas, menjadikan angka keseluruhan pemberontak yang dibebaskan setakat ini melebihi 4,900 orang.

Menurut kumpulan Taliban, pihaknya telah menyempurnakan syarat perjanjian itu.

Keganasan menggegarkan Afghanistan sejak perjanjian AS-Taliban dimeterai yang menyaksikan lebih 3,500 askar terbunuh dalam serangan oleh pemberontak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI