fbpx

Warga asing pakai pelitup muka elak disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Khuatir disaman pihak berkuasa menyebabkan rata-rata warga asing di daerah ini mengenakan pelitup muka yang telah dikuatkuasakan kerajaan bermula hari ini.

Hasil tinjauan di sekitar Bandar Klang yang menjadi tumpuan warga asing dari pelbagai negara mendapati kebanyakan mereka mematuhi arahan itu apabila memasuki sesebuah premis atau kawasan tumpuan umum.

Seorang warga asing warga Bangladesh dikenali Sam, 32, memberitahu memakai pelitup muka selepas dimaklumkan rakansenegara mengenai pelaksanaan itu melalui aplikasi WhatsApp.

“Kami pakai sebab takut kena saman, mahal RM1,000. Kalau tidak pakai nanti kena saman, lebih baik pakai.

“Pelitup ini kami beli dari kedai. Sekarang harga sudah murah berbanding sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, tinjauan juga mendapati warga tempatan patuh kepada arahan itu berikutan kebimbangan dijangkiti Covid-19.

Seorang penjawat awam, Noor Sazlina Rijalludin, 35, menegaskan pemakaian pelitup adalah kawalan diri sendiri terutama apabila keluar di kawasan umum.

“Saya tetap pakai pelitup sekalipun kerajaan tidak melaksanakan penguatkuasaan ini. Ini soal keselamatan bukan soal risau didenda. Kita kena ingat wabak ini boleh membawa maut, jadi kena hati-hati,” katanya.

Bagi seorang lagi pemandu teksi, V Rajendran, 62, akan memastikan kesemua pelangganya memakai pelitup muka sebelum menaiki teksinya.

“Kadang-kadang orang menganggap pemakaian pelitup sebagai isu kecil namun sebenarnya memberikan manfaat besar menghindarkan jangkitan selain memastikan penjarakan fizikal,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI