fbpx

Sembilan kes baharu, dua kluster catat satu kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak sembilan kes jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini termasuk tujuh kes import dan dua kes penularan tempatan melibatkan kluster aktif PUI Sivagangga, Kedah dan kluster Bukit Tiram, Johor menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 8,985.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes yang dikesan di kluster PUI Sivagangga melibatkan seorang warganegara manakala kes di kluster Bukit Tiram adalah bukan warganegara yang dikesan di Selangor sekali gus menjadikannya kes pertama dikesan di luar Johor.

Beliau berkata, kes tersebut iaitu kes ke-8,977 merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,893 dari Johor dan dikenal pasti melalui aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

“Berdasarkan siasatan, kes positif ke-8,893 didapati menginap di rumah kes ke-8,977 di Selangor pada 16 Julai hingga 19 Julai.

“Mangsa dikenal pasti dan diberikan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah. Ujian saringan kali kedua dijalankan apabila kes ke-8,977 bergejala batuk dan sakit tekak sebelum dikesan positif dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI