fbpx

Ramlan Ibrahim letak jawatan ahli SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramlan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan peletakan jawatan Datuk Seri Ramlan Ibrahim sebagai ahli suruhanjaya itu, berkuat kuasa semalam.

Unit Komunikasi Korporat SPR dalam satu kenyataan berkata, peletakan jawatan itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“SPR mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Ramlan Ibrahim, atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai ahli SPR,” katanya di sini hari ini.

Ramlan, 62, dilantik menjadi Ahli SPR pada Februari tahun lepas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI