fbpx

Hamilton mahu kekal di litar tiga tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON mahu berlumba sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun lagi dan belum terfikir mengenai persaraan. – AFP

SILVERSTONE – Pelumba pasukan Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton menyuarakan hasratnya untuk terus berlumba sekurang-kurangnya tiga tahun lagi.

Kontrak Hamilton bersama pasukan itu akan tamat pada penghujung musim ini, namun dia belum ada sebarang perancangan untuk bersara.

Dia yang sedang gigih melakukan persiapan menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) British esok menegaskan masih mampu bersaing pada tahap tertinggi.

“Saya mahu terus beraksi pada peringkat tertinggi buat selama-lamanya, namun ia tidak mungkin terjadi kerana sampai satu tahap mental dan fizikal akan mula lemah.

“Saya tidak boleh pastikan bila ia akan berlaku (bersara) tetapi ia bukanlah dalam tempoh terdekat. Mungkin dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi,” kata Hamilton.

Tambah peluba berusia 35 tahun itu lagi, tempoh kuarantin yang agak panjang gara-gara pandemik Covid-19 memberi hikmah kepadanya untuk mendapatkan rehat mencukupi.

“Meskipun ramai melihat kuarantin Covid-19 sesuatu yang negatif tetapi saya dapat manfaatkannya untuk mengembalikan kecergasan. Saya yakin ia boleh membantu saya untuk te­rus bersaing dalam Formula Satu,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.