fbpx

Lembu korban hilang 12 jam ditemui semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lembu jantan yang hilang ditemui semula 12 jam kemudian di Bukit Chekati, Gua Musang, Kelantan.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang penternak berdepan detik cemas apabila seekor lembu jantan berharga RM4,000 yang hendak dikorbankan hari ini hilang petang semalam.

Bagaimanapun, lembu itu ditemui dalam semak di Bukit Chekati pukul 7 pagi tadi selepas ia dipercayai terlepas daripada ikatan selama 12 jam.

Penternak lembu, Hafizi Che Ramli, 31, berkata, dia berasa amat cemas apabila lembu itu yang telah ditempah oleh tujuh individu untuk ibadah korban hilang pada pukul 7 petang.

Katanya, lembu itu dipercayai terlepas daripada tali yang diikat di tiang pagar di tepi jalan berhampiran rumahnya.

“Saya terpaksa meminta bantuan beberapa orang penduduk untuk mengesan lembu terbabit kerana bimbang tempahan untuk korban Aidiladha batal.

“Bagaimanapun, ia dijumpai semula berada dalam semak dekat Bukit Chekati kira-kira 5 kilometer dari rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Hafizi, sewaktu dia dan penduduk kampung bergerak mencari lembu itu, haiwan ternakan tersebut cuba menanduk mereka ketika cuba mengheretnya keluar dari semak.

Katanya, bagi menjaga keselamatan, dia terpaksa melakukan kerja-kerja penyembelihan di lokasi berkenaan kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Saya belum pernah berdepan dengan lembu yang ganas seperti itu dalam beberapa ibadah korban Aidiladha sebelum ini.

“Lembu itu juga dikatakan telah lari dan menyeberangi Sungai Galas ke kampung seberang sebelum ditemui dalam semak dekat Bukit Chekati,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI