fbpx

Penganggur maut motosikal terbabas langgar tembok jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Seorang penganggur maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum melanggar tembok pembahagi jalan di KM 24.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu menyebabkan mangsa Mohd Aniss Isman, 32 beralamat di Pelabuhan Klang, Selangor maut di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pada pukul 10.55 malam pejabat pertanyaan trafik Kota Tinggi menerima maklumat bahawa terdapat satu kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal Honda EX5 yang terbabas sendiri.

“Hasil siasatan mendapati mangsa telah terbabas sendiri dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian leher dan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya kepada Kosmo! hari ini.

Jelas Hussin, kemalangan disyaki berpunca dari penunggang yang gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan kemalangan.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI