fbpx

Najib mula kemuka rayuan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman tujuh pertuduhan terhadapnya sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman tujuh pertuduhan salah guna, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta yang dikenakan ke atasnya.

Najib,67, mengemukakan notis rayuan itu melalui Tetuan Shafee and Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah di sini sebentar tadi.

Peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Selasa lalu, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman selama 72 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan tersebut.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pekan itu hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setelah Mohd. Nazlan memerintahkan hukuman penjara bagi kesemua pertuduhan itu dilaksanakan serentak.

Bagi pertuduhan salah guna kuasa, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, manakala bagi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, beliau dipenjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan itu.

Bagi tiga lagi pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram, Najib turut dipenjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, jika Najib gagal membayar jumlah denda RM210 juta itu, beliau boleh dipenjara selama lima tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pembelaan menangguhkan kesemua hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan dengan syarat tambahan perlu membayar jaminan tambahan sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin.

Selain itu, Najib juga perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan iaitu pada setiap 1 dan 15 haribulan setiap bulan sehingga kes selesai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI