fbpx

KOM tunai janji lunas insentif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUTHU (kiri) mendedahkan KOM akan memberi insentif RM1,000 kepada mana-mana atlet yang berjaya meleburkan rekod kebangsaan pada masa akan datang.

PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk S.M Muthu mampu menarik nafas lega selepas melunaskan bayaran insentif rekod baharu kepada beberapa atlet kebangsaan yang belum di­selesaikan sebelum ini.

Beliau yang dipilih sebagai Pre­siden KOM pada Jun tahun lepas berharap insentif yang diberikan itu mampu membakar semangat atlet-atlet bagi menampilkan aksi lebih baik pada masa hadapan.

“Segala masalah yang berlaku dahulu, kita tidak mahu lagi ia kembali berulang. Kita mahu tamatkan isu-isu seperti bayaran tertangguh sebelum ini.

“Bayaran ini adalah insentif kepada mereka dan diharapkan mampu membuatkan mereka lebih bersemangat untuk tampilkan aksi lebih baik pada musim depan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar penyerahan insentif di pejabat KOM, Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut atlet lompat bergalah, Iskandar Alwi, atlet lompat jauh, Andre Anura Anuar serta jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong.

Tambah Muthu, bayaran insentif yang dilunaskan semalam berjumlah RM7,000 dan beliau turut menegaskan, RM1,000 akan dibayar setiap kali mana-mana atlet meleburkan rekod kebangsaan.

“Secara keseluruhan, kita bayar insentif berjumlah RM7,000 hari ini (semalam) kepada atlet yang pecahkan rekod kebangsaan sebagai penghargaan kepada mereka.

“Selain itu, insentif RM1,000 untuk setiap rekod dikekalkan tetapi bergantung pada kewangan KOM. Apa yang pasti, jika atlet pecah rekod sebanyak empat kali, maka dia dapat empat insentif,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI